Adab
Makan dan Minum Menurut Bukhari dan Muslim
oleh: Sugiyanta, S.Ag, M.Pd
1. Menghindari tempat makan dan
minum yang terbuat dari emas dan perak.
حَدِيثُ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ
النَّبِيِّ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهَا : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ الَّذِي يَشْرَبُ فِي آنِيَةِ الْفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ
نَارَ جَهَنَّمَ *
Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a isteri Nabi s.a.w
katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Orang yang minum dengan wadah atau
bekas air yang diperbuat dari perak, sesungguhnya akan dididihkan perutnya
dengan api Neraka Jahanam (lih
HR Bukhari no. 1213, 5006, 5201, 5202, 5383, 5389, HR Muslim no. 3849, 1799,
5206)
2. Apabila makanan telah siap, hendaklah mendahulukan
makan daripada sholat
حَدِيثُ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا حَضَرَ الْعَشَاءُ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَابْدَءُوا
بِالْعَشَاءِ
Diriwayatkan
daripada Anas bin Malik r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w, beliau bersabda: Apabila
makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendak didirikan, maka hendaklah
kamu makan terlebih dahulu (lih.
HR Bukhari no. 631, 632, 5042, HR Muslim 866)
1.
Menghindari makanan yang berbau
حَدِيثُ جَابِرٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْبَصَلِ وَالْكُرَّاثِ فَغَلَبَتْنَا
الْحَاجَةُ فَأَكَلْنَا مِنْهَا فَقَالَ مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ
الْمُنْتِنَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَأَذَّى
مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ الْإِنْسُ *
Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w
melarang makan bawang merah dan bawang muda. Oleh kerana terpaksa memakannya
lalu kami memakan. Kemudian beliau bersabda: Siapa yang makan dari pohon
yang tidak sedap berbau busuk maka janganlah dia mendekati masjid kami kerana
para Malaikat juga akan terhidu bau busuk sebagaimana manusia (lih. HR Bukhari no.807, HR Muslim
no. 874)
2.
Menggunakan tangan kanan, membaca
bismillah dan memulai dari yang paling dekat
حَدِيثُ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : كُنْتُ فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ فَقَالَ
لِي يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ
Diriwayatkan daripada Umar bin Abu Salamah r.a
katanya: Aku pernah berada di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w. Ketika waktu
makan, tanganku terhulur hendak menjangkau talam, lalu Rasulullah s.a.w
bersabda kepadaku: Wahai anak muda! Sebutlah Nama
Allah, makanlah dengan tangan kanan dan mulakan dengan makanan yang terdekat
denganmu (lih. HR
Bukhari no. 4957, 4958, 4959, HR Muslim 3767)
Aisyah
berkata:
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَكَلَ
أَحَدُكُمْ فَنَسِيَ أَنْ يَّذْكُرَ اللهِ تَعَالَى عَلَى طَعَامِهِ فَلْيَقُلْ
بِسْمِ اللهِ أَوَّلَهُ وَأَخِرَهُ.
Rasulullah saw bersabda, “Bila seorang diantara kalian
makan, tetapi lupa menyebut nama Allah atas makanan itu, maka hendaklah ia
membaca bismillahi awalahu wa akhirahu”.(lih. Al-Masyail
Muhammadiyah, hadist no. 180, lihat juga HR Abu Dawud no. 3637, HR Tirmidzi no.
1859)
Kesimpulan:
1.
bacaan ketika akan makan dan minum
adalah bismillah (arrahmanirrahim) dan bukan yang lain.
2.
Bila kita lupa membaca bismillah ketika
akan makan, dan kita teringatnya di tengah-tengah ketika makan, hendaklah kita
membaca seperti hadist di atas.
3.
Diperbolehkannya
makan dan minum sambil berdiri
حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Aku memberi
air Zam Zam kepada Rasulullah s.a.w, lalu Beliau meminumnya sambil berdiri (lih. HR Bukhari no. 1528, 1529, 5186
dan HR Muslim 3776)
4.
Makan sekedarnya saja
حَدِيثُ أَبِي مُوسَى
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ
فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Bahawa Nabi
s.a.w yang bersabda: Orang mukmin itu makan dengan satu usus manakala orang
kafir makan dengan tujuh usus (lih.
HR Bukhari no. 4977, HR Muslim no. 3842)
5.
Tidak mencela makanan
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : مَا عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا
أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan satu kalipun. Apabila beliau
menyukai sesuatu makanan baginda memakannya dan kalau tidak menyukainya beliau
meninggalkannya (lih.
HR Bukhari, 3499, 4989, HR Muslim 3844)
6.
Menutup makan
dengan pujian kepada Allah.
Abu Sa’id
al-Khudri ra berkata:
كان
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ مِنْ
طَعَامِهِ قَالَ: الحمد لله الذي أطعمنا وسقان وجعلنا مسلمين
Apabila Rasulullah saw selesai makan, maka beliau membaca:
alhamdulillahi ath’amana wa saqana wa ja’alana muslimin. (lih. Asy-Syamail Muhammadiyah,
hadist no. 182, lihat juga HR Abu Dawud no. 3850)
Maraji’
1.
Al-Bayan, CD program
2. Asy-Syamail Muhammadiyah, Imam al-Hafidz Abu ‘Isa Muhammad
bin ‘Isa bin Saurah at-Tirmidzi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar